Hidup

Apa benda yg dinamakan hidup. Pasti ada yg mengajarnya bagaimana mahu hidup. Kita datang ke dunia ni bukan untuk hidup dalam senang lenang. Nak senang lenang tempatnya di Syurga nanti.. Kita manusia, haiwan, jin semua makhluk ciptaan Allah tak pernah tadak masalah..semuanya ada masalah.. Sebab apa? Ujian tu tanda Allah sayang kat kita.. 

Sepatutnya kita bersyukur bila kita kena ujian, ditimpa musibah.. sebab apa? sebab masa tu lah kita akn cari Allah..rasa dekat sangat dgn Allah... Masing2 orang, masing2 punya cerita masalah depa.. Dulu zaman Rasulullah, ada sorang sahabat ni, dia tak dapat ujian dari Allah dekat seminggu, dia rasa gelisah, tak senang duduk, dan dia kata, " Allah tak sayang aku dah ka? " then dia jumpa Rasulullah... 

“Saidina Ali bin Abi Thalib رضيه الله عنه berkata; "Sungguh aku takut sekiranya diri aku ini tidak diberikan sakit oleh Allah سبحانه وتعالى. Kerana aku takut Allah سبحانه وتعالى lupa dan murka ke atas aku. Maka barangsiapa yg dikurniakan pelbagai nikmat tetapi tidak sakit dalam jangka masa yang lama, maka dikhuatiri Allah سبحانه وتعالى murka ke atas mereka.” ( Dipetik dari karangan Alwani Zolkifli @ Cik Garam ) 

Sampai macam tu sekali depa punya takut bila Allah tak turunkan ujian buat depa.. Kita? baru sikit Allah uji dah mengeluh.. tak kata kat sapa tapi diri yg tak reti nk bersyukur ni... Allah..ampunkan aku... Orang yg faham lain dengan orang yg mengetahui... Bila mereka faham, mereka akan sentiasa mengatakan, Allah tahu yg terbaik untukku... Ikot apa yg Allah dah tetapkan.. Tanpa kita sedar, masalah tu lah yang mengajar kita erti hidup...

Allah takkan timpakan suatu musibah kecuali atas kemampuan kita.. Kadang orang yg kita sayang, yg rapat dengan kita antara salah satu punca masalah dalam hidup kita.. Tapi kita kena tahu apa sebab mereka sedemikian? sedar atau tak salah mereka? Cuba kita duduk di tempat mereka.. Jangan terus assume sesuatu tanpa usul periksa.. Benda ni kadang2 memutuskan sillaturahim sesama kita.. Sesuatu hubungan tu retak tanpa usul periksa.. Andai masalah yg sama d ulang berulang kali sampai kadang2 kita give up sebab nak tegur, cari inisiatif lain.. jangan sebab benda yg sama tu kita jadi lain.. Kesalahan tu cuma sama,  cara nak overcome masalah tu yg membezakan kita... 

Banyak kisah yg boleh kita teladan melalui kisah para Ulamak2 dulu yg mana mereka mengatasi masalah anak murid mereka dengan cara yg berbeza meski salah itu sama... dan akhirnya, anak2 murid itu jd org yg hebat... Semuanya atas diri kita...usaha kita, semangat kita nak bawak seseorang itu bersama sama dengan kita.. Andai kita dah "malas", camna nak bersama sama lalui sesuatu kehidupan?  Salah cuma satu, dan berulang kali. Bukan salah yg banyak... Kadang kita as manusia ni leka, terlepas pandang... Tegur... Jangan tunggu besar... 

Api kalau kecik, kita senang nak padam.. Tapi bila dah besar, susah... 

Satu lg as student ni, masalah wang, kawan, esaimen, dan bermacam macam lagi lah.. semuanya akan datang brtubi tubi.. cuma kita ja nk tentukan cara nak handle... Jangan terus mengalah.. andai letih, rehat dulu.. cari inspirasi dan bila dah dapat balik semangat, teruskan berjalan... PUTUS ASA bukan ajaran Nabi Muhammad S.A.W... 

Positifkan diri, cuba bangun balik bila jatuh... InshaAllah setiap usaha kita pasti ada balasannya.. Yakin dengan Pencipta kita Allah Yang Maha Satu.. Dia punya rencana terbaik... Doakn yg baik2, semua yg datang pon baik2... InshaAllah... 

Semoga kita semua dalam Rahmat dan Redha Allah.... :) 

Comments

Popular posts from this blog

Gemuruh dalam Tersirat

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...

Bidadari Syurga.... :)