Ujian Mengajar Kita untuk jadi Kuat :)
Tipu kalau kita kata, kita tak pernah kena ujian. Setiap dari yg hidup pasti akn diuji. Dan Allah sendiri pernah berfirman, " Tidak beriman kamu selagi kamu tidak diuji". Ujian itu tanda Allah sayang akan diri kita, jadi bersyukurlah andai kalian di uji oleh Allah S.W.T.
Tahu tak yg ujian itu penanda aras tahap Allah sayang kpd diri kita? Ya, makin tingi ujian, makin Allah sayang. Contoh paling mudah dan dekat dengan kita adalah Baginda Rasulullah sendiri. Baginda sejak sebelum lahir telahpun di uji oleh Allah dengan kewafatan Bapanya kemudian disusuli dengan Ibu tercinta Baginda semasa Baginda Nabi berumur 6 tahun sampai lah Baginda S.A.W. hendak wafat. So, no wonder laa Baginda jd Manusia pilihan dan menjadi Rahmat kepada sekalian alam.
Setiap manusia punya berbeda cara ujiannya. (mood indon ). Oleh itu, jangan mudah kita menilai seseorang itu tanpa kita pijak sendiri kasutnya ( hampa paham x?). Susuri dulu kisah seseorang, baru menilai. Bila dah menilai jangan pulak kita menhakimi. Tu biarkan dia dengan Tuhannya kerna Tuhannya lebih tahu dari kita. Sebab Allah itu Maha Dekat dan Maha Tahu. Ada yg kita nampak luarannya senang, tp dalam hatinya penuh dengan resah gelisah. Dan ada pula yg luarannya nampak susah, tapi sungguh tenang sekali hatinya. Semuanya atas cara individu itu untuk menafsirkan ujiannya. Andai dia tahu bahawa ujian itu dari Allah dan percaya dengan Qada' dan Qadar, pasti dan pasti dia akn terima dan redha dengan ujian yg ditimpakan keatasnya.
Yakin dengan ayat ni, " Setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan selepasnya ". Allah ulang ayat ni dalam Surah Al- Syahr 2x. So yakin jaa.. sebab janji Allah itu pasti.
BIla mana ujian itu datang, bersangka baik dengan Allah, yang ujian ni kita mampu. Sebab tu Allah bagi, dan Allah S.W.T takkan bagi sesuatu ujian itu melebihi batas kemampuannya. Lagi hebat seseorang itu bila dia ditimpa ujian, dia senyum dan kata "All is well " ( sambil tepuk n pujuk hati dia ) <--- ni mengarut, kalau nk buat, buat lah. kesah pa aku. Cara kita orang Islam is Solat! tu cuma sampingan jaa. Solat 2 rakaat minta pertolongan Allah. Ya memang Allah bg ujian, tp kalau kita Sabar dan Solat, inshaAllah Allah permudahkan urusan kita walau sedang diuji.
Allah S.W.T. berfirman, " Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan Solat ".
Bila Allah dah firman cmtu, cuba buat rakan2 sekalian. InshaAllah akn rasa kelainan :)
Dan setiap kali kita diuji, darjat kita sedang diangkat. Allah takkan buat sesuatu dengan sia-sia. Tu kita kena tahu. Lagi kerap diuji, makin kuat kita jadi (Hipotesis, dan dalam cita Deadpool dah bukti yg makin kita kena 'stress', makin kita 'imune' dengan 'stress' tu. dan aku pun dah rasa..hee ). Terima kasih Ya Allah! Jangan takut bila diuji tapi fikir balik, ni mungkin cara Allah nk cuci dosa kita, nak kita tau yg hanya Allah tempat bergantung bila kita lemah dan hanya Allah kita cari untuk luahkan segala rasa sakit.
Dan bilamana kita yakin dengan Allah, percayalah, Allah takkan sia-siakan kepercayaan kita terhadapNya. Dia Maha Kuasa, Maha Segala-galanya dan hanya kepada Dia kita akan kembali. Mana lagi tempat yg paling indah selain dapat bertemu dengan Rabb kita Pencipta kita.. Allah.......
Akhir sekali, sebelum tidoq salu muhasabah balik diri kita. Ingat apa dosa yg kita dah buat haritu, ada tak kita buat salah kt orang?, kita dah maafkan ka belum orang yg buat salah kat kita?. Tenung dan fikir. ( Ni lah cara ahli2 Syurga buat masa depa hidup ). At last sebelum tidoq tu, ikut laa sikit Sunnah Rasulullah S.A.W. , paling kurang pun baca Doa Tidur, Ayat Qursi, Selawat kat Baginda Rasulullah S.A.W. 3x. Then lena.....
Semoga Redha dan Rahmat Allah selalu bersama kita semua umat Islam. Jadilah umat Baginda yg terbaik di antara yg terbaik. InshaAllah........ :)
Comments
Post a Comment