If you know what i mean....

Perselisihan suami dan isteri
Kenapa kita perlu berselisih dan bergaduh? Mungkin kerana dosa yang kita lakukan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;
ما تواد اثنان ففرق بينهما، إلا بذنب يحدثه أحدهما
'Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang berpisah atau berselisih kecuali disebabkan oleh kerana dosa yang dilakukan salah seorang daripada mereka.'
[HR. Ahmad]
Kata salaf berkenaan akibat dosa ;
إني لا أجد شؤم المعصية في دابتي وخلق زوجتي
Aku mendapati kesan buruk akibat daripada maksiat pada kenderaan dan sikap isteriku.
# Selain dosa, sering terjadi ialah sikap suka ikut emosi dan marah
Suami dan isteri selalu lupa, ada syaitan sebagai orang ketiga yang menghasut dan suka menyalakan api permusuhan dan pergaduhan.
Kemarahan suami dan isteri perlu dikawal oleh taqwa dan tidak menuruti emosi.
Kata Abu Darda RA kepada isterinya ;
إذا رأيتني غضبت فرضني، وإذا رأيتك غضبت رضيتك، وإلا لم نصطحب
Jika engkau melihat aku marah maka tenangkan aku dan jika aku melihat engkau marah maka aku akan tenangkan kamu. Jika tidak maka akan sukarlah kita hidup bersama.
Selalu yang berlaku ialah masing-masing pakat marah dan tiada pula orang yang mengambil peranan untuk menenangkan keadaan.
Yang tinggal cuma syaitan dan dua pihak yang marah....
Tahu-tahu sahajalah akibatnya!
-Ustaz Emran Ahmad-
~ I Love You Sayangku..... 

Comments

Popular posts from this blog

Gemuruh dalam Tersirat

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...

Bidadari Syurga.... :)