Posts

Showing posts from August, 2016

Wanita dan Aurat...

Image
Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita 1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik. Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram. Bukan menjadikan dia lebih cantik! Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat. Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah] Kaedah ini jelas dalam firman Allah ; وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31) Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka. Itulah yang dilakukan oleh N...

Semuanya telah ditetapkan Allah sebelum kita lahir lagi...

Image
TIADA YANG KEBETULAN Pernahkah saat kamu duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terfikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang? Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (Quran Surah[QS] 4:114, 2:195, 28:77) Pernahkah saat kamu sedang bersedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat luahan hati? Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86) Pernahkah tanpa sengaja kamu memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau bertemu dengannya, atau kamu menerima telefon darinya? Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu Tidak ada yang namanya kebetulan _(QS 3:190-191). Pernahkah kamu mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk diperolehi? Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kamu ta...

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...

Image
Pahlawan Islam Menjadikan Kayu Sugi Sebagai "Senjata" Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China. Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang. Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?” Mereka menjawab, “Tidak.” “Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi. Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka mening...

42 RAHSIA DAHSYATNYA SELAWAT NABI

Image
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, qaddasallah sirrahu, memberi nasihat: “Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah SWT kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap derajat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar." Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamatkan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barokah paling banyak, dan ahwal yang paling kokoh. Dengan membaca selawat, seorang hamba bisa meraih keridhaan Tuhan yang Maha Penyayang. Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah SWT, barokah-barokah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia bisa naik ke tingkatan derajat yang lebih tinggi, serta mampu mengobati penyakit hati, dan diampuni dosa-dosa besarnya. Al...

Bidadari Syurga.... :)

Image
BIDADARI SYURGA MENURUT AL-QURAN DAN HADITH... BIDADARI syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui. Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan...