Wanita dan Aurat...

Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita
1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik.
Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram.
Bukan menjadikan dia lebih cantik!
Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat.
Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]
Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31)
Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka.
Itulah yang dilakukan oleh Nabi salallahualaihiwassalam.
2. Tidak menutup aurat ialah berdosa dan bertabarruj juga ialah berdosa.
Orang perempuan yang tidak memakai tudung ialah berdosa, orang perempuan yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa.
Orang perempuan yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun 'bertutup' ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.
Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
Dalam Islam wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik).
Contoh:
Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda.
3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Kena pandai bezakan dengan belajar hukum hakam dan syariat.
Orang perempuan disebut sebagai penghuni neraka teramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu.
وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashion, trend, pujian orang, terkenal, mewah, glamour, suka shopping dan pelbagai lagi.
P/S : Orang lelaki juga akan masuk neraka dan diazab jika mengabaikan para wanita di bawah jagaan mereka. Tidak kisah, siapa ramai atau sedikit dalam neraka, asalkan bukan kita yang masuk ke dalam neraka!
Sekian
Jazakumullahukhairan kasiro.
~UEA




~ Aku tidak mengimpikan seperti Bidadari Syurga, tapi cukup yg menjaga apa yg Allah dan Rasulullah mahu.. dan Hatiku dapat menerima seadanya dia.... Sukar untukku jatuh cinta.. dan jauh lebih sukar utk aku melepaskannya bila dia sudah bertempat di hatiku ~















~ Aku bukanlah Lelaki yg Soleh yg layak utk Wanita Solehah.. masih banyak yg perlu aku belajar dan proses itu akan berkekalan sampai aku pergi dijemput Illahi.. Yg aku perlu adalah seorang Wanita yg sangat mencintai diriku dan dia sendiri takut akn kehilanganku... Sentiasa ingin bersamaku.. Dan menjaga apa yg perlu dijaga.. " Kejayaan seorang lelaki adalah kerana adanya 2 wanita dibelakangnya.., iaitu Ibu dan Isterinya" 
Kadangkala aku sendiri tersasar dalam menjaga hal yg sepatutnya dijaga dek kerana iman yg naik turun. namun apa yg mampu aku berharap agar Allah menghadiahkanku seorang wanita yg akn menjadi penguatku dikala lemah, Peneman dikala sunyi, Sahabat dikala memerlukan, dan seorang Kekasih dikala diri ini perlu pedamping.... Semoga Allah redha dgn caraku dan memudahkan urusanku utk menikahi kamu wahai Kasih.... 
Wahai Allah Tuhanku, sentiasa bersamaku, ingatkanku dikala terlupa, uji aku dikala terleka, dan jadikan aku salah seorang dari KekasihMu.... Ya Allah, aku benar sayang akn Mu dan RasulMu, Nabi Muhammad S.A.W. ... cuma terkadang lemahnya Iman karena tertewas dengan Nafsu Amarah.. namun akan ku cuba sedaya upaya agar Nafsu Amarah suatu ketika akn menjadi Nafsu Mutma'innah... :') 
Wahai Allah Ya Tuhanku, jagakan dia untukku, semoga dia terbaik untukku, semoga dia yg akan menjadi Ibu utk ank-anakku, semoga aku untuknya dan dia untukku... Aamiin ya Allah ya Rabbal alamin............ 
Assalamualaikum dan Selamat Malam Nur Kasih
- Muhamad Azim
- 31 Ogos 2016
- Perjalanan Seorang Musafir Hina
-3.59 a.m.


Comments

Popular posts from this blog

Gemuruh dalam Tersirat

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...

Bidadari Syurga.... :)