Aku hanya Manusia Biasa....

Aku ingin bertaubat. Terkadang diri ini terleka dengan dunia yang sementara dan mengabaikan Akhirat yg kekal abadi.. Cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari namun terkadang kerana Iman yg lemah, menjatuhkan aku semula ke tempat yg tidak layak utk seorang yg bergelar Hamba Allah... " Kadang-kadang satu dosa lebih membawa kita dekat kepada Allah daripada sebuah ketaatan yang menyebabkan kita menjadi sombong dan merasa lebih baik daripada orang lain. Justeru jika berbuat dosa itu terlarang, dan berbuat kebaikan itu pula belum pasti diterima maka keadaan yang terbaik bagi kita ialah sentiasa berada dalam keadaan bertaubat." Allah SWT berfirman; إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.” (Al Baqarah: 222) Dan firman-Nya lagi; إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَاعْتَصَمُواْ بِاللّهِ وَأَخْلَصُواْ دِينَهُمْ لِلّهِ فَأُو...