Aku hanya Manusia Biasa....
Aku ingin bertaubat. Terkadang diri ini terleka dengan dunia yang sementara dan mengabaikan Akhirat yg kekal abadi.. Cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari namun terkadang kerana Iman yg lemah, menjatuhkan aku semula ke tempat yg tidak layak utk seorang yg bergelar Hamba Allah...
" Kadang-kadang satu dosa lebih membawa kita dekat kepada Allah daripada sebuah ketaatan yang menyebabkan kita menjadi sombong dan merasa lebih baik daripada orang lain. Justeru jika berbuat dosa itu terlarang, dan berbuat kebaikan itu pula belum pasti diterima maka keadaan yang terbaik bagi kita ialah sentiasa berada dalam keadaan bertaubat."
Allah SWT berfirman;
إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.” (Al Baqarah: 222)
إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.” (Al Baqarah: 222)
Dan firman-Nya lagi;
إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَاعْتَصَمُواْ بِاللّهِ وَأَخْلَصُواْ دِينَهُمْ لِلّهِ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْراً عَظِيماً
“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh dengan agama Allah serta mengikhlaskan agama mereka untuk Allah. Mereka itulah yang akan bersama dengan kaum beriman dan Allah akan memberikan kepada kaum yang beriman pahala yang amat besar.” (An Nisaa’: 146)
# Kiranya selamat untuk mengatakan, sebaik-baik kebaikan bagi kita buat masa ini ialah taubat. Sesuai dengan sabda Nabi salallahualaihiwassalam;
والذي نفسي بيده لو لم تذنبوا، لذهب الله تعالى بكم، ولجاء بقوم يذنبون فيستغفرون الله تعالى فيغفر لهم
Demi zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, jika kamu tidak berbuat dosa maka Allah akan mengantikan kamu dengan suatu kaum yang berbuat dosa lalu kembali memohon keampunan kepada Allah Ta'ala dan Dia akan mengampuni mereka.

[HR. Muslim]
Taubat pula ada banyak caranya dan yang paling mudah adalah dengan beristighfar.. Nabi Muhammad selalu istighfar setiap hari sebanyak 70x sehari.. Kita sebagai umatnya, seelok-eloknya, disyorkan oleh para 'Ulamak dulu, sebanyak 100x. Dan lebih baik 100x pagi, 100x petang selepas asar... Kita sendiri tak tahu bila kita buat dosa dan tak tahu bila kita akan mati, jadi cara paling mudah untuk selalu dalam keadaan bertaubat adalah dengan sentiasa beristighfar kepadaNya dengan menghrapakan keampunan dan rahmat dari Allah.. InshaAllah andai kita istiqamah, Allah akn menyuruh penduduk di langit utk menyayangi kita... Biar tidak terkenal di Dunia, tetapi terkenal di Langit... ;)

" Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun akan segala dosa "
Comments
Post a Comment