TASAWWUF : KUNCI KEKUATAN AKHIR ZAMAN


Sabda Rasulullah saw ;

Dan ketahuilah sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal bumi akan berada dalam keadaan kering kontang sama sekali. Semua manusia dilanda kelaparan yang dahsyat. Ditahun pertama Allah menitahkan agar hujan menahan sepertiga airnya. Pada tahun kedua Allah menitahkan agar hujan menahan dua pertiga airnya; bumi menahan dua pertiga tumbuh-tumbuhannya. Sedang pada tahun ketiga, Allah menitahkan agar hujan menahan semua airnya, sehingga tidak setitis pun air yang turun dari langit. Dan menitahkan bumi agar menahan semua yang ditumbuhkannya sehingga tidak ada sesuatu pun yang ditumbuhkannya, bahkan mana-mana tumbuhan yang tinggal semuanya menjadi kering dan binasa.?

        Seorang lagi bertanya: ?Lalu apakah manusia akan hidup saat itu??  Baginda menjawab:  Mereka akan hidup menerusi Tahlil, Tahmid, Takbir dan Tasbih. Dan kesemua itu menjadi pengganti makanan mereka. ? (HR Ibnu Majah, Abu Dawud, Al-Hakim- Hadeeth Sahih dengan syarah Muslim)

  Banyak lagi hadeeth-hadeeth yang menjadi bukti nyata bahawa di Akhir Zaman nanti, pertolongan Allah SWT akan didatangkan dalam bentuk KARAMAH dan BARAKAH kepada para AuliyaNya yang dikasihi. Namun hakikatnya, pertolongan sebegini bukan hanya muncul di Akhir Zaman nanti, tetapi telahpun berulangkali berlaku sepanjang sejarah perjalanan Agama Islam semenjak zaman Nabi-Nabi dahulukala.

        Hakikat ini telah pun diakui oleh orang-orang Barat yang menyebabkan mereka mengalihkan strategi dengan melakukan perang saraf keatas umat Islam, iaitu dengan merapuhkan teras kekuatan dalaman melalui serangan Orientalis. Maka apabila umat Islam tidak dapat memelihara hatinya dari sifat-sifat tercela dan merosakkan perkara yang menyangkut unsur-unsur kerohanian mereka, ianya akan  memudaratkan hubungannya dengan Allah SWT dan memutuskan nusrahNya atas mereka.

        Apakah rahsianya pada zaman dahulu kala sehingga umat Islam dapat mengalahkan kuasa-kuasa besar dengan NUSRAH ALLAH yang didatangkan dalam bentuk Karamah dan Barakah itu?

JAWAPANNYA terletak kepada tasawwuf dan tauhid makrifat.

 Kerana bidang ini melahirkan golongan umat Islam yang bukan sahaja lengkap dan sempurna pada pegangan Tauhid dan Syariatnya, tetapi mereka juga mempunyai kekuatan dalaman yang utuh, iaitu sentiasa MENYUCIKAN HATI DARIPADA SELAIN ALLAH yang kuncinya adalah merendam hati dengan berzikir kepadaNya dan berpuncak pada peleburan keseluruhan jiwa dalam kebesaran Allah.

Menurut Syeikh Thaha Abdul Baqi Surur dalam bukunya "Pengembaraan ke Alam Ruhani" :

          Insan kamil akan memandang kehidupan duniawi sebagai kesempatan emas yang tidak boleh disia-siakan. Iaitu suatu kesempatan untuk mengabdi dan beramal soleh kerana Allah SWT. Mereka tebarkan semerbak keharuman dengan cinta kepada Maha Pencipta. Mereka adalah orang-orang yang menjadikan kehidupannya sebagai mimbar dan menara  untuk mendapatkan rahmat Allah.

        Keinginan menghantar manusia ke pintu langit adalah mimpi di siang hari tanpa iman dan tasawuff. Tasawufflah yang membisikkan ke dalam jiwa manusia bahawa segala sesuatu adalah dari, dan untuk Allah, label kehidupan kita adalah rahmat Allah, tujuannya ibadah, manakala asas penyokongnya adalah cinta, yakni cinta kepada kebesaran Allah, cinta seluruh Nabi dan manusia biasa, cinta segala jenis kebaikan, penyokong kebaikan dengan harta, tenaga mahupun fikiran serta membuang segala jenis penyakit jiwa.

      Tasawuff adalah bentuk atau jelmaan perilaku Islam, menjadi saripati keharuman dan tatacara (adab sopan santun) yang bersifat Islam, merupakan inti Nur Muhammad. Ia adalah rangkuman  kemuliaan hati yang sangat berharga, bahkan pemangkin semua ilmu pengetahuan.

        Kekuatan batiniyyah, perisian  jiwa dan kerohanian yang dihasilkan  melalui jalan Tasawuff merupakan kunci yang dapat menghapuskan penyakit Al-Wahn (iaitu cinta dunia dan takut mati) mematahkan keinginan materialisme, menghentikan gelombang kekufuran dan fahaman-fahaman sesat. Tasawuff dan Tariqah juga merupakan santapan jiwa yang amat mendalam kesannya sebagai suatu perisai dalaman yang sakti dan pendorong untuk sedia berani berkorban demi agama. Maka kekuatan Tasawuff/Tariqah yang unik tetapi penting inilah yang telah berhasil menyumbangkan saham yang tidak sedikit dalam sejarah perluasan dan pembelaan Islam.

        Dengan membawa  hikmah, akhlak yang mulia dan berlemah lembut, kaum sufi telah berjaya menempatkan iman di hati  sanubari bangsa-bangsa yang selama ini masih belum tersentuh oleh Islam. Antara lainnya mereka telah berjaya menembus jantung Afrika, dataran Asia dan Alam Nusantara. Di tempat-tempat yang telah mendapat Islam, mereka berani menghadapi khalifah-khalifah, raja-raja dan pegawai-pegawai kerajaan demi menegakkan keadilan dan kebenaran Agama Allah supaya umat Islam dapat mengecapi kebahagian, kesentosaan dan kesejahteraan hidup dalam pancaran Nur Islam yang sempurna.

        Contohnya Khan Ghazan seorang ahli sufi daripada Tariqah An-Naqsyabandi telah berjaya mengislamkan kerajaan Monggol yang sebelum itu telah menjarah Baghdad dan membunuh beribu-ribu umat Islam dengan kejamnya. Malik bin Dinar juga seorang ahli sufi yang terkenal  telah  berjasa dalam mengembangkan Islam di Malabar, Gujerat di India, Maldive dan kepulauan-kepulauan yang berdekatan dengan bantuan murid-muridnya. Yusuf Din As-Sindi pula berjasa dalam mengislamkan negeri Multan dan Kashmir. Pemimpin-pemimpin Tariqah Al-Qadiriyyah, As-Syaziliyyah dan lain-lain pula membantu dalam perkembangan Islam di barat,  tengah dan selatan Afrika.

        Wali Songo yang terkenal dengan bil hikmah wal  karamah menjadi tokoh-tokoh pengembang Agama Islam di Alam Nusantara khususnya di kepulauan Indonesia lama. Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan  adalah antara ulamak sufi yang bukan sahaja  mengIslamkan Raja Melaka, malahan membantu baginda dalam mengenalkan Islam  di Alam Melayu. Malahan banyak lagi contoh lain yang dapat membuktikan sumbangan besar yang ditaburkan oleh ahli-ahli sufi dalam sejarah perkembangan Islam di dunia ini.

        Sesetengah penentang Tasawuff pula berpendapat bahawa bagaimana mungkin memegang panji-panji jihad di mukabumi ini jikalau asyik tenggelam dengan berzikir dan beribadah?  Sedangkan sejarah Islam jugalah yang mampu membuktikan bahawa tokoh-tokoh sufilah yang sering tampil ke saf paling hadapan dalam perjuangan membela kebenaran Islam.

        Khalifah-khalifah di zaman keagungan empayar Othmaniyyah terkenal sebagai Ruhbanun Fillail wa fursanun binnahar, iaitu ?beribadat kepada Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya berjuang laksana singa?, di Dagestan, Syeikh Syamil An Naqsyabandi dengan Masyaikh yang lain telah menentang kemasukan Russia pada tahun 1813M. Di India, Syeikh Ahmad Syahid, Liyakat Ali dan Syeikh Mahmud Deobandi adalah antara Masyaikh yang telah memainkan peranan menentang Inggeris di  India. Syeikh Umar Mukhtar yang merupakan Syeikh Tariqah Sanusiyyah memerangi penjajahan Itali di Libya.

        Di Alam Nusantara sendiri sarat dengan kisah-kisah perjuangan jihad fisabilillah yang diketuai oleh Masyaikh dan ulamak-ulamak Tariqah demi menentang penjajahan dan usaha kristianisasi Barat.  Contohnya dalam Kesultanan Banten, pengaruh Tariqah Khalwatiyyah yang diketuai oleh Syeikh Yusuff Taj Al-Khalwati  telah menggerakkan perang sabil orang-orang Islam menentang Belanda dari tahun 1680-1683M. Dalam Kesultanan Palembang, dibawah pimpinan Sultan Mahmud Badruddin yang mengikuti Tariqah Samaniyyah  telah menjadi pendokong utama menentang serangan penjajah Belanda dalam tahun 1811-1822M

        Di Minangkabau, pengikut Tariqah Naqsyabandiyyah dan Syathariyyah telah membuat perjuangan menentang penjajahan Belanda. Sunan Gunung Jati, salah seorang ahli Wali Songo pula terkenal dengan jihad melawan tentera Portugis di Pasai. Raja Haji Fisabilillah, Haji Abdul Karim, Teuku Chik di Tiro, Tokku Paloh dan ramai lagi adalah pengikut-pengikut Tariqah yang tercatat dalam sejarah Nusantara sebagai para pejuang agama dan bangsa yang terunggul dalam menentang penjajahan kuffar Barat.

        Sejarah menunjukkan bahawa penjajah-penjajah Barat amat gerun dengan keberanian serta semangat sakti yang dipamirkan oleh orang-orang Tariqah. Merekalah  yang sering menjadi  kubu utama bagi masyarakat Islam menahan dari sebarang bentuk cabaran yang cuba mematahkan kekuatan Islam. Tariqah menjadi satu saluran berkesan untuk menggerakkan perjuangan agama kerana para pengikutnya mempunyai hubungan hablumminallah yang mendalam serta hablumminannas yang baik, penuh hikmah dan berkasih sayang, mempunyai sifat taqwa dan tawadhuk yang tinggi, tulus dan tidak mudah dijual-beli. Selain itu ahli-ahli Tariqah selalunya mempunyai semangat perkumpulan yang cukup kental yang dibina atas asas semangat persaudaraan agama serta ikatan istimewa diantara guru (Masyaikh) dan murid.

        Apatah lagi jikalau ianya mendapat pengikut dan pendokong yang kuat daripada pihak Khalifah atau Raja sepertimana yang kerap berlaku pada zaman dahulukala. Sesungguhnya gabungan tenaga diantara UMARAK dan ULAMAK, khususnya ULAMAK TARIQAT  merupakan kekuatan yang penting dalam khidmat Agama Islam, khususnya yang berkaitan dengan dakwah dan jihad fisabilillah.

        Maka perjuangan agama  yang berlandaskan IMAN, ISLAM DAN IHSAN yang hakikat inilah yang mampu menghasilkan keikhlasan, kesungguhan, kegigihan, semangat dan daya juang yang tinggi. Dan apabila perjalanan umat Islam sudah betul, lengkap dan sempurna zahir-batin, maka tidak ada keraguan lagi bahawa akan lahirlah para Aulia? Allah yang zahir dan yang tersembunyi, dan di sinilah Allah SWT akan menghantarkan NusrahNya dalam bentuk KARAMAH dan BARAKAH itu.

         Iktiqad ahlus sunnah wal jamaah ialah " Karomatul awliya' haqqun" iaitu keramat para auliya' ialah sesuatu yang benar terjadi.

        Sesungguhnya kehadiran Waliyullah di suatu tempat atau dalam suatu kelompok sangat perlu dan penting. Kehadiran mereka tidak perlu ramai, walau seorang dua sudah cukup untuk menjemput bantuan Allah SWT dalam bentuk Karamah dan Barakah. Bantuan Allah ini bukan sahaja mampu meringankan beban umat Islam dalam segala rintangan yang terpaksa dihadapi seperti kekurangan bekalan makanan, masalah pengangkutan, kedaifan alat peperangan, bilangan tentera yang kecil dan sebagainya, malahan banyak kali pula mereka  dapat mengalahkan pihak musuh  dengan apa jua kecanggihan teknologi dan ketinggian tamaddun mereka.

 Demikian juga Firman Allah dalam Hadeeth Qudsi:

"Sesiapa yang menyakiti WaliKu, Aku isytiharkan kepadanya PEPERANGAN."

Sabda Rasulullah SAW :

        "Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat manusia-manusia yang bukan Nabi, juga bukan syuhada, tetapi Nabi-Nabi dan syuhada-syuhada sendiri menginginkan keadaan seperti mereka". Seorang lelaki bertanya : "Wahai Rasulullah, siapakah mereka??"

        Rasulullah SAW menjawab ; "Iaitu kaum yang saling mencintai demi  Allah azza wajalla. Diantara mereka tidak ada hubungan keluarga dan tidak pula saling memberi harta. Demi Allah! Wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka diatas pentas cahaya. Mereka tidak takut tatkala manusia lainnya merasa takut, dan tidak merasa resah ketika manusia lainnya resah."

      Kita tidak seharusnya menolak hakikat kewujudan bantuan Allah dalam bentuk karamah dan barakah ini, kerana itulah sebenarnya senjata ampuh bagi umat Islam melawan segala kuasa luarbiasa yang mempesona dan memperdayakan seperti sihir di zaman Firaun, teknologi di zaman ini, dan istidraj di zaman Dajjal kelak, yang  berupaya melekangkan umat Islam daripada keyakinan penuh pada kekuasaan Allah SWT.

        Sesungguhnya perjuangan para Nabi dan Rasul, para sahabat, pejuang-pejuang agama dari dahulu hingga ke hari ini mahupun di zaman-zaman yang akan datang baik dalam bentuk penyebaran Agama Islam, mahupun dalam konteks mempertahankan kedaulatannya, tidak dapat lari daripada pertolongan Allah SWT yang dizahirkan melalui kisah-kisah luarbiasa dan karamah kepada wali-waliNya yang ada dimana-mana, yang diketahui mahupun yang dirahsiakan. Apakah lebih atau istimewanya kita daripada umat-umat terdahulu mahupun dizaman akan datang sehinggakan formula dan metod kejayaan kita menguasai musuh-musuh agama perlu berbeza daripada mereka itu...

Tempat yg paling aku teringin nak p..kerna Mimpi itu bermula dari sini... Rindukan Kamu Ya Rasulullah.....

Teringin nak jadi Tentera Allah dengan Serban mcm ni... *Jambang n janggut xbanyak lagi time ni..

Dalam banyak2 ni ada Wali Allah... 


Majlis cari Rahmat Allah bersama para WaliNya.. Tazkiah dgn Maulvi Othman

Chisty... Putrajaya

Ta'lim, Tabligh, Tazkiyah

Comments

  1. In shaa Allah Allah qabul Allah mudahkan. Chad Andra Sabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gemuruh dalam Tersirat

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...

Bidadari Syurga.... :)