Mengapa Hawa Tercipta Di saat Adam Tertidur..
Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya
wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam
akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa..
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan
sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian
ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak
yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya
adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan
dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan
dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani,
tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan
menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri
yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk
tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan
menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. MakaAllah menciptakan tulang
rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk
melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk
berbangga kerana dia diciptakan daritulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,
sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki- laki berusaha meluruskan
yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri
seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan
seperti itu.
Comments
Post a Comment