"Ya Rabbi,pegang hati ini,dakaplah ia seerat-eratnya,jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhluk-Mu,
ku tidak sanggup menggantikan tempat-Mu dengan yang lain,tidak sanggup juga berkongsi rasa itu,ku cuma mahu kasih itu teragung untuk-Mu,ku cuma mahu rindu itu terpatri untuk-Mu,ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untuk-Mu Tuhan,jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan."

"Ya muqallibal qulub,tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalan-Mu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam,jangan biarkan ku terus begini tanpa-Mu disisi."

Ya Allah,Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini....Amin3....

Dan jika aku jatuh,kau bangunkanlah aku kembali wahai Penguasa Semesta Alam....



Comments

Popular posts from this blog

Gemuruh dalam Tersirat

Bidadari Syurga.... :)

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...