Aku Merinduimu......
Sayang.....
Setiap detik, setiap saat, setiap masa,
Hatiku sayu teringatkanmu,
Betapa aku merinduimu....
Tidak pernah sedikitpun Hati ini terlepas dari mengingatimu,
Tidak pernah sedikitpun Hati ini untuk tidak menyayangimu,
Tidak pernah sedikitpun Hati ini untuk tidak menyintaimu.
Diri ini hanya inginkan kau sentiasa disampingku,
Menemani hari-hariku tanpa merasa jemu,
Setia, Cinta dan menyayangiku dengan penuh rindu.
Sayang.......
Andai kau tahu betapa besarnya Cintaku padamu,
Andai kau tahu betapa tingginya dirimu dalam Hatiku,
Andai kau tahu betapa istimewanya kamu dalam jiwaku.
Sebak di dada tak tertahan saat melihatmu,
Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku,
Andai dapat bersamamu buat selamanya.
Sayang.....
Kau satu-satunya wanita yang pertama dan terakhir dalam hidupku,
Yang aku berikan sepenuhnya Cinta dan Sayang ini,
Mungkin kerna Doaku padaNya,
Untuk jumpa seorang Bidadari yang sebenar dalam Hidupku,
Dan Dia menemukanku dengan Dirimu......
Saat ini masih lagi mengalir air mata kerinduan terhadapmu,
Dalam setiap doaku, aku wajibkan namamu,
Semoga selalu dalam JagaanNya,
Semoga selalu dalam Rahmat dan RedhaNya,
Semoga selalu dalam LindunganNya,
dan
Semoga Kamu akan jadi Isteriku yg Solehah dan Aku Suamimu yg Soleh.
Andai bukan di dunia ini, akan ku carimu di Syurga nanti.......
Disetiap langkah,
Akanku dongak ke langit,
Bercakap dengan Tuhanku dan Tuhanmu,
Tentang Kita....
Sampai bila?
Moga dimudahkan,
Aku yakin Ya Allah,
Kau tercipta untukku.
Meski waktu masih lagi belum berpihak padaku,
Tapi aku yakin itu,
Kau Bidadari Syurga Jelmaan Dunia untukku,
Dari Dia Yang Maha Satu.
Sungguh Aku menyayangimu kerana Allah......
I truly and Love You.....
Comments
Post a Comment