Singkatnya Putaran Masa.....
Tidak sedikit pun perasaan itu pernah terlintas difikiranku. Mungkin kerna diri sudah mempercayai tentang takdir sampai akhir. Namun Allah kadang menduga tanpa diketahui sebabnya. Hanya Dia yang tahu sebab dan asbab tentang perihal setiap laku. Aku sebagai hamba tiada hak untuk mempersoal. Yang pasti Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambaNya. Di uji dengan perkara yang paling aku takut. Sedih dan sebak tak terzahir di kata. Hanya air mata yang mampu menunjukkan kisahnya. Mungkin belum sampai masa. Semalaman tidur tak lena. Siangnya ditangisi dalam diam. Bila berdepan dengan TuhanNya, tak mampu lagi menahan sebak. Hanya linangan air mata yang menjadi tanda pengaduan dan penyerahan kepada Yang Esa. Tanda 'perlu' kepadaNya lebih dari segala.
Tiada tempat mengadu. Tiada siapa yang rasa. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang faham. Sendiri semuanya. Terkadang terfikir dimana silapnya aku. Dimana salahku? Besarkah dosaku? Ya. Ini adalah kelemahanku. Tidak mampu untukku hadapinya kecuali dengan kekuatan dariNya. Terkadang aku berfikir. Adakah takdirku untuk sentiasa menyendiri? Tiada teman di tempat kerja. Tiada teman untuk sentiasa berkongsi masalah. Aku rindu zaman belajar. Zaman dimana aku sentiasa ada sokongan tatkala jatuh. Akan ada mereka untuk mengangkat ku kembali berdiri. Tapi kini semuanya berubah. Aku bersendiri. Sendiri dan sendiri. Tiada teman sepermainan, seperjuangan, sehati. Yang tinggal hanya kenangan. Yang membuatkan diri ini ingin memberhentikan masa dan putarkan kembali kepada yang dulu-dulu. Aku jatuh!
Kehilanganmu satu perkara yang besar buatku. Sungguh besar. Kerna kamu adalah segalanya untukku. Meski yang lain lihat itu biasa tapi bagiku sangat mendalam. Tidak pernah sedikitpun diriku menginginkan ini. Hanya sabar dan terus belajar, itu yang aku faham. Namun ianya mungkin berbeza bagimu. Tidak mengapa. Manusia itu punya caranya tersendiri. Hanya yang faham akan mengenalnya. Mungkin sudah faham namun tidak mendalami. Terkadang terlepas pandang kerna aku tidak sempurna dan inginkan yang sempurna buatmu. Namun aku lupa yang aku bukan sesiapa. Maafkanku. Rasa ini sangat dalam untukmu. Sangat cepat ianya berlalu. Andai dapat ku undurkan masa. Kembali seperti sediakala. Aku rindu. Aku rindu kita. Aku rindu kenangan. Aku rindu jalan menujumu. Aku rindu senyummu. Aku rindu semuanya. Semuanya tentang kita. Dan aku nukilkan disini. Moga satu hari nanti kamu akan membacanya. Dan semoga satu hari nanti akan ada sinar untuk kita. Kembali seperti sediakala. Aku tak mampu untuk memenuhi permintaanmu. Seperti apa yang kamu mahukan. Maafkan aku. Aku sedikit pun tak mampu menganggap kamu seperti itu. Kerna kamu ditempat yang tinggi dalam jiwa ini. Tak mungkin akan aku jatuhkan martabat itu. Mungkin cara layanan aku mampu tipu tapi dari segi soal hati. Jauh sekali. Aku bukan penipu. Dan aku tak pandai menipu. Maafkan aku.
Tak lama lagi kamu akan pergi jauh dari sini. Dan mungkin macam-macam kemungkinan akan terjadi. Mungkin juga aku akan kehilanganmu buat selamanya. Dan aku hanya mampu berharap kepada Pencipta. Agar dijaga kamu di mana saja. Moga setiap yang berlaku untuk kamu semuanya dalam rahmat dan redhaNya. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Aku yakin akan dirimu. Punya semangat yang tinggi dalam dada. Tekad untuk capai cita-cita. Kejarlah. InshaAllah semuanya akan dimudahkan untukmu. Doaku selalu bersamamu. Walau aku tiada disisi, namun aku sentiasa ada dengamu. Andai jumpa yang terbaik untukmu, aku hanya mampu berdoa semoga kekal sampai Syurga. Diriku sangat pasti, akan beruntung lelaki tersebut bersamamu. Mendapat Bidadari Syurga jelmaan Dunia. :')
Aku akan terus tetap disini. Membawa diri. Hanya mampu hilangkan rasa rindu kala bersama Keluarga dan Sahabat. Tapi selepas semuanya pergi. Kamu yang sentiasa dihati. Tak mampu untuk aku nukilkan melalui kata-kata. Hanya Dia yang tahu akan perasaanku terhadapmu. Moga kamu sentiasa baik-baik saja. Walau dimanapun kamu berada. Andai kamu perlukanku, aku ada. Maafkanku. Maafkanku. Maafkanku.
Hanya airmata yang menceritakan segala kesedihanku. Segala keresahanku. Segala kerinduanku. Sedang menulis ini pun, dia selalu curah sampai basah kainku. :'D Dan tepat waktu ini, 10.33 p.m. Ba wasap. hahah.. Sayang aku kat orang tua ni pun Allah ja tau. Kadang lihatnya dari jauh. Banyak ceritanya dalam memoriku. Dia anggapku sebagai anak lelakinya. Sebab tu aku sayang dia sebagai ayahku. Semoga Allah aturkan yang terbaik untukku dan untukmu. Walau jauh mana aku pergi,kamu sentiasa dihati. Dari dulu hingga kini. Hanya satu nama dalam diri. Sang Puteri kurniaan Illahi. Terima kasih untuk rasa ini. Aku sangat menghargainya..........
Jaga Diri
Jaga Hati
Jaga Iman.
Ada apa-apa gtau k?
Goodnight! Assalamualaikum :')
~ yeah, good things take time. Trust Him. InshaAllah!
Oh God it hurt,
I never thought
I'd drown in my shallow heart
I'd like to say
The things I never used to
But come today they wont ever be useful
I never learnt to use my shallow heart
I never meant to hurt you
It's just something I do
I guess it's not a good excuse
Looking back I guess I'm holding onto
The good we had....
Comments
Post a Comment