Posts

Showing posts from 2016

TASAWWUF : KUNCI KEKUATAN AKHIR ZAMAN

Image
Sabda Rasulullah saw ; Dan ketahuilah sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal bumi akan berada dalam keadaan kering kontang sama sekali. Semua manusia dilanda kelaparan yang dahsyat. Ditahun pertama Allah menitahkan agar hujan menahan sepertiga airnya. Pada tahun kedua Allah menitahkan agar hujan menahan dua pertiga airnya; bumi menahan dua pertiga tumbuh-tumbuhannya. Sedang pada tahun ketiga, Allah menitahkan agar hujan menahan semua airnya, sehingga tidak setitis pun air yang turun dari langit. Dan menitahkan bumi agar menahan semua yang ditumbuhkannya sehingga tidak ada sesuatu pun yang ditumbuhkannya, bahkan mana-mana tumbuhan yang tinggal semuanya menjadi kering dan binasa.?         Seorang lagi bertanya: ?Lalu apakah manusia akan hidup saat itu??  Baginda menjawab:  Mereka akan hidup menerusi Tahlil, Tahmid, Takbir dan Tasbih. Dan kesemua itu menjadi pengganti makanan mereka. ? (HR Ibnu Majah, Abu Dawud, Al-Hakim- Hadeeth Sahih dengan s...

Aku hanya Manusia Biasa....

Image
Aku ingin bertaubat. Terkadang diri ini terleka dengan dunia yang sementara dan mengabaikan Akhirat yg kekal abadi.. Cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari namun terkadang kerana Iman yg lemah, menjatuhkan aku semula ke tempat yg tidak layak utk seorang yg bergelar Hamba Allah... " Kadang-kadang satu dosa lebih membawa kita dekat kepada Allah daripada sebuah ketaatan yang menyebabkan kita menjadi sombong dan merasa lebih baik daripada orang lain. Justeru jika berbuat dosa itu terlarang, dan berbuat kebaikan itu pula belum pasti diterima maka keadaan yang terbaik bagi kita ialah sentiasa berada dalam keadaan bertaubat." Allah SWT berfirman; إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.” (Al Baqarah: 222) Dan firman-Nya lagi; إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَاعْتَصَمُواْ بِاللّهِ وَأَخْلَصُواْ دِينَهُمْ لِلّهِ فَأُو...

Mangkuk yang Cantik, Madu yang Manis dan Sehelai Rambut. :)

Image
Muhammad SAW Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar Ash Shiddiq r.a., Umar bin Khattab r.a., Utsman bin Affan r.a., dan ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Fathimah Az Zahra r.ha. putri kesayangan Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut ikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu yang manis, dan sehelai rambut). Abu Bakar Ash Shiddiq r.a berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”. Umar bin Khattab r.a berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan...

Bahasa Terindah - Ramli Sarip

Image
Allah...... menitis air mata Sang Musafir. Dirinya banyak dosa. Didengarkan Bahasa Terindah. Meruntun Hatinya. Mungkin kerna terlalu rindu kpd Sang Penciptanya. Mungkin kerna terlalu rindu akan KekasihNya. Harapan semoga di akhirat kelak. Sang Musafir akan bertemu dengan Kekasih-Kekasihnya.

Wanita dan Aurat...

Image
Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita 1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik. Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram. Bukan menjadikan dia lebih cantik! Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat. Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah] Kaedah ini jelas dalam firman Allah ; وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31) Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka. Itulah yang dilakukan oleh N...

Semuanya telah ditetapkan Allah sebelum kita lahir lagi...

Image
TIADA YANG KEBETULAN Pernahkah saat kamu duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terfikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang? Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (Quran Surah[QS] 4:114, 2:195, 28:77) Pernahkah saat kamu sedang bersedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat luahan hati? Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86) Pernahkah tanpa sengaja kamu memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau bertemu dengannya, atau kamu menerima telefon darinya? Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu Tidak ada yang namanya kebetulan _(QS 3:190-191). Pernahkah kamu mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk diperolehi? Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kamu ta...

Kayu Sugi penyebab Kemenangan Tentera Islam...

Image
Pahlawan Islam Menjadikan Kayu Sugi Sebagai "Senjata" Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China. Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang. Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?” Mereka menjawab, “Tidak.” “Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi. Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka mening...

42 RAHSIA DAHSYATNYA SELAWAT NABI

Image
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, qaddasallah sirrahu, memberi nasihat: “Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah SWT kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap derajat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar." Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamatkan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barokah paling banyak, dan ahwal yang paling kokoh. Dengan membaca selawat, seorang hamba bisa meraih keridhaan Tuhan yang Maha Penyayang. Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah SWT, barokah-barokah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia bisa naik ke tingkatan derajat yang lebih tinggi, serta mampu mengobati penyakit hati, dan diampuni dosa-dosa besarnya. Al...

Bidadari Syurga.... :)

Image
BIDADARI SYURGA MENURUT AL-QURAN DAN HADITH... BIDADARI syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui. Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan...

Demi Cinta....

Image
Ntah lah..semakin hari semakin pelik ujian dari Allah...n aku pun tatau apa sebab Allah buat aku cmtu...apa yg aku tau, Allah ada yg terbaik buatku... Azim, ang jalan jaa..bila ang yakin, InshaAllah Allah akn permudah utk ang.. Yakin jaa... Ayat tu salu sgt dok ada dalam Hati ni... dan asbab ni lah aku masih disini... :')  Sakit memang sakit..tp, What doesn't kill you, will make you stronger. Am i right? kadang2 bila letih sgt...rehat ja lah..nk putus asa? fuhhh.. no way laa... aku bukan senang nk mengalah... langkah mayat dulu laa... dan ini serius.. kadang aku cuba buat yg terbaik, jd yg terbaik..dan dalam dok nk try the best tu lah nnti ada slack..x guna btoi... tp tu laa manusia kn? nak sempurna mana ada..yg ada cuma Rasulullah S.A.W. . The only n choosen One...  Dah banyak sangat benda aku blajaq... and the most important thing is Doa... Ya Doa adalah senjata yg paling ampuh... dan jangan sekali-kali berharap kat makhluk sebab makhluk ni sifat dia berubah-ubah.. hari ...

Nasihat tentang Syurga... :)

Image
BAYAN SYURGA 1. Sebanyak 17,999 jenis makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia. 2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara. 3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga. 4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah (60 tahun di dunia) daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.Sehari di Akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. 5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi) ~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang. ~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan. 6. Keindahan dunia hanyalah contoh. Yang asli ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun penjelajahan pun tidak boleh ukur keluasan syurga. 7. Dataran syurga, bunga serta rumput da...